Thursday, February 20, 2014

Aktiviti Homeschool #3: Main Kapas



MAIN KAPAS.

Bahan-bahan:
1. Beberapa gumpalan kapas.
2. Balang / Bekas.

* Minta anak memasukkan satu per satu gumpalan kapas ke dalam bekas.
* Sambil dia masukkan kapas kedalam bekas kira bersama anak.

Manfaat:
1. Tingkat daya fokus anak.
2. Tingkat motor halus anak
* pegang kapas dan gerakan tangan untuk masukkan kapas kedalam bekas.
* Merasa permukaan kapas yang berlainan dari objek lain.
3. Belajar mengira.

p/s: Berhati-hati takut dia masukkan kapas dalam mulut.

Saturday, February 15, 2014

1 Tahun Sudah


Bismillah.
Pada 9.2.2014, Safiyya Auni sudah masuk umur 1 tahun. Terima kasih ya Allah atas nikmat ini. Semoga Allah pelihara kamu setiap detik dan menjadi anak syurga. Sabtu (15.2.2014) buat bacaan doa selamat & sambut birthday dia secara kecilan bersama family. Muka dia masam sebab dia menangis. Dia fikir ummi dia mahu tinggalkan dia dan padahal ummi mahu tangkap gambar! lor...

Wednesday, February 5, 2014

Aktiviti Homeschool # 2: Main Beras

Bismillah..
Hari ini hari rabu. hehehehe..
Kali ini nak kongsi aktiviti kedua Auni. Kali ini kita main beras. Ya main beras. Seperti biasa  tak perlu keluarkan modal banyak, cuma apa yang ada dalam rumah.


Bahan-Bahan:
1 Cawan beras.
1 mangkuk
1 tray (dulang)

Cara-caranya.
1. Masukkan 1 cawan beras dalam mangkuk.
2. Letakan manggku berisi beras atas dulang
3. Yeay main!
p/s: Hati -hati. Perhatikan dia. Takut dia masuk beras dalam mulut pulak.

Manfaatnya:
1. Tingkatkan deria rasa bayi anda. Dia dapat merasa permukaan yang lain dari lain. Dia akan mengenggam, memegang dan kutip beras itu. Bagus untuk motor halusnya.

Monday, February 3, 2014

Aktiviti Homeschool #1 - DIY Tugging Box

Bismillah.
Seperti dijanjikan saya akan update aktiviti HS auni. Ini aktiviti pertamanya. Dia sangat excited main aktiviti ini. Anda boleh cuba untuk anak anda. Hanya menggunakan barangan kitar semula ~ jimat duit! hehehehe..



Dia sangat sukanya. Main tarik-tarik. Saya gunakan kain perca, reban, dan tali. Sangat bagus aktiviti ini untuk jari jemarinya, daya fokus, tajamkan mata dan deria rasanya.

Ini adalah cara membuat dari website yang saya ambil. www.laughingkidslearn.com


Materials:
Cardboard box
Various lengths of ribbon, strips of felt and/or pipe cleaners
Sticky tape
Pencil
Paint (optional)
How to make a tugging box

1. Puncture holes into a box and paint
2. Thread various lengths of ribbon through two holes and tie knots at the ends. Use a pipe cleaner (as shown above) to help with threading.
3. Seal box with tape


Sunday, February 2, 2014

Idea Minggu Ini #1

Antara idea untuk homeschooling untuk minggu ini. Ingat nak mulakan dengan rangsang motor halus dulu. Kasi main-main dulu. Pelan-pelan pujuk dan tanam minat! ; )

1. DIY Tugging Box


2. Homemade Toy: Pushing Puff Balls


3. Mess Free Painting With Kids


Jika berminat nak mencuba aktiviti ini, anda boleh klik pada gambar untuk pergi ke link sebenar. =D



Saturday, February 1, 2014

Salam Perkenalan =D

Bismillah..
Bulan Februari ini Safiyaa Auni bakal masuk umur 1 tahun. Maka blog ini, saya sebagai maklang a.k.a ppengasuhnya mahu berkongsi aktiviti kami. Ya saya target umur Auni 1 tahun untuk mulakkan aktiviti homeschooling.


Semoga Allah berikan saya kekuatan dan istiqamah untuk menjalankan aktiviti homeschooling bersamanya sehingga dia masuk sekolah rendah. Insyaallah. Semoga Auni membesar dengan sihat dan menjadi anak syurga.