Wednesday, June 11, 2014

Aktiviti Homeschool #5: Alihkan Pompom Guna Sudu



Peralatan:
1. Sudu
2. Dua Mangkuk
3. Bebola pom pom (boleh beli di kedai DIY)

Cara:
1. Minta anak alihkan bebola guna sudu dari satu mangkuk ke satu mangkuk.
2. Jika dia masih belum mahir gunakan sudu, pegang tangannya dan alihkan bersama. Buat beberapa kali sehingg dia mahir.
3. Ulang dan ulang sehingga dia puas bermain

Manfaat aktiviti ini:
1. Tingkatkan kemahiran tangan menggunakan sudu. Bila dah lulus aktivti nie boleh bagi makan guna sudu pula.
2. Boleh belajar kenal warna.
3. Boleh belajar mengira.

Thursday, June 5, 2014

1 tahun 3 bulan 3 minggu 3 hari

Bismillah.
Sekadar catatan saya. Sekarang usia Auni sudah berumur 1 tahun 3 bulan 3 minggu 3 hari ( selama hari ni saya salah kira umur Auni ikut bulan. Terawal 2 bulan. hoho)  Alhamdulillah. Banyak perkembangan diri Auni.



Komunikasi / Bahasa:
1. Sudah mula faham arahan mudah (Melayu / English)
   Contoh: Sit down, eat, makan, keep, mandi, shake hand
2. Sudah boleh beritahu sesuatu  atau apa yang di mahu.
    Contoh: Bila dia buang air besar dia akan sebut YAK! (kadang2 buang air kecil pun ya).
    Bila dia mahu sesuatu sudah pandai meminta dengan menyebut (nak tue..).  Sudah pandai menggeleng
    kepala bila tidak dan angguk kepala bila ya.
3. Sudah  kenal objek (perkataan) - Kenal bila disebut -(engllish ada masih pelat, BM kebanyakkan lancar)
    Contoh: Cat, Dog, Fish, Book, Shoes,
4. Boleh beberapa sebut perkataan dengan jelas:
    Contoh: Allah, ayah, ummi, alang, air, buah, nak,
5. Sudah pandai bila perlu guna perkataan 'Bismillah', ' Terima kasih', 'Alhamdulillah'

Pergerakkan:
1. Sudah boleh berjalan dengan stabil.
2. Sudah boleh berlari.
3. Sudah pandai tendang bola.

Skill:
1. Sudah kenal  اَ بَ  تَ ثَ
2. Sudah kenal beberapa nama binatang dan bunyi (cat, bird, fish, dog, lion)
3. Sudah boleh makan gunakan tangan tapi masih terabur sana sini. hehe..
4. Sudah boleh tidur sendiri tanpa didodoi tapi kena duduk tepi dia atau membaca buku bersama. (ini bila bersama saya)

Alhamdulillah.. Masyaallah.. Mumtaz Auni.. Good Job!