Monday, March 10, 2014

Auni Dan Carset


Bismillah.
Kini Safiyya Auni sudah punya carseat sendiri. Agak lambat juga dia ada carseat sendiri. Umur 1 tahun baru ada. Oklah daripada tak ada. hihihi
Antara sebab mahu beli carseat nie sebab nak travel jauh cuti sekolah ini. Antara sebab lain ialah ini:


Tengok kesana sini dia berjalan. Selalu ada orang pangku dia dalam kereta. tapi bila dia dah semakin besar dan berat macam tak sesuai. Maka kini carseat diperlukan.

Cara latih anak duduk carseat:
Alhamdulillah. Penerimaan dia sangat baik. Kini dia seolah tahu asal masuk kereta dia punya tempat duduknya sendiri. Tidak meragam. Pada pemerhatian saya, ini adalah kerana KEYAKINAN umminya sendiri. Masa mula nak beli saya tanya along (ummi Auni) mahu ke dia duduk nanti?

Umminya SANGAT YAKIN bahawa anaknya Auni mahu bekerjasama dan mahu duduk di'carset'nya nanti. Nampak tak disini? Bermula dengan KEYAKINAN ibunya sendiri Insyaallah anak boleh. Dengan izinNYA juga.

No comments:

Post a Comment